Memang mudah untuk kita semua risau tentang kesihatan masing-masing pada musim wabak ini. Bila anak-anak atau suami ada batuk atau mengadu demam sedikit, memang akak jadi tak senang duduk di rumah. Terus kena pulun untuk pastikan mereka sembuh dengan cepat untuk elak apa-apa penyakit melarat sekarang.

Beberapa hari yang lepas, anak akak berasa demam-demam. Katanya sebab perubahan cuaca mendadak sangat, daripada panas terik di siang hari diikuti dengan hujan ribut pada belah petang. Selain rawat dia dengan ubat, akak pun hidangkan semangkuk sup ayam untuk naikkan selera makan dia dengan resipi yang sangat mudah tapi sedap.

Selain sup ayam, macam-macam lagi makanan yang selalu jadi pilihan dalam menu orang yang tak sihat. Kalau anda nak rawat keluarga anda, bolehlah cuba daripada salah satu menu cadangan akak hari ini.

Bubur Ayam

Kalau nak tahu, semangkuk bubur ayam memang dapat mengubat selera tekak orang yang tak berapa sihat. Bila kita demam-demam, nak telan makanan pun susah. Badan akan jadi cepat lesu, tak bermaya, sampai jadi susah nak bangun untuk isi perut.

Dengan bubur ayam yang panas, keluarga anda boleh makan dengan mudah sebab tekstur bubur yang sudah lembut dan sedia ditelan. Beras juga dapat jadi sumber karbohidrat untuk memberi mereka ekstra tenaga di samping protein yang baik dari isi ayam.

Air Kelapa

Untuk tambah lagi tenaga, anda boleh juga cuba hidang air kelapa muda bagi menyegarkan lagi badan ahli keluarga yang tak berapa sihat. Air kelapa memang terbukti berkhasiat sebab ia sumber elektrolit semula jadi. Rasa manis dengan aroma kelapa ini juga boleh menaikkan selera dan menambah semua deria rasa mereka yang mungkin jadi kurang sedap ekoran rasa demam.

Lauk dengan bawang putih

Kalau anak-anak atau suami masih berselera untuk makan lauk biasa, masak apa sahaja dan banyakkan jumlah bawang putih dalam masakan anda. Banyak kajian yang sudah membuktikan keberkesanan bawang putih untuk imun badan sebab kandungan nutrisinya yang kaya. Selain itu, nutrisi bawang putih juga boleh cegah pelbagai penyakit, jadi satu keluarga boleh mendapat manfaat olehnya.

Sup ayam

Haa, menu yang paling menjadi pilihan keluarga kalau mereka rasa tak sedap badan atau nak demam ialah sup ayam panas-panas. Hanya hirup kuah masin dengan penuh rasa ayam itu sahaja dah cukup untuk beri mereka kepuasan semasa badan berasa tak larat. Semangkuk sup ayam juga sebenarnya dah lengkap dengan nutrisi seperti karbohidrat dan protein yang datang dari ubi dan daging ayam. Kalau nak resipi sup ayam sedap yang agak sempoi, boleh cuba resipi di bawah ini.

Bahan-bahan

  • 1 kayu Manis
  • 2 Bunga Lawang
  • 2 Cengkih
  • 2 Buah Pelaga
  • 1 Bawang Merah
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 2 cm Halia
  • 500g Dada Ayam
  • 1L Air
  • 50g Saderi
  • 50g Lobak Merah
  • 1 biji Kentang
  • 2 Tomato
  • 2 Kiub Pati Ayam MAGGI®
  • 20g Daun Sup

Cara memasak

  1. Panaskan periuk. Masukkan minyak jagung, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkir, pelaga, bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis sehingga layu.
  2. Masukkan ayam, air and biarkan mendidih.
  3. Masukkan batang saderi, lobak merah, kentang, tomato, bawang merah, kiub ayam MAGGI® dan daun sup. Biarkan ia reneh selama 10 minit.

Apa-apa pun, semua masakan kita sebenarnya mujarab kalau kita buat seikhlas hati dengan penuh kasih sayang. Nak lebih resipi menarik seperti sup ayam ni? Layari sahaja laman web https://www.maggi.my/ms/resipi dan masak sekarang.